Truth Told

Mana ada manusia yang mengaku dia dah habis study. So baik jangan tanya, buat sakit hati je.

Wednesday, November 10, 2010

Budak Medic Bukan Doktor !


Apa special budak medic ? (belum jadi doktor pun, pelajar je)

1)      Disebabkan kurang cuti dan kebanyakan masa dalam setahun dihabiskan di fakulti, budak medic paling consume banyak electric dan air fakulti. Sebab tu yuran course medic adalah yuran paling mahal antara semua course dalam mana2 universiti.

2)      Pergi makan pun boleh bawak lecture notes, sambil kunyah boleh mengingat lagi tu. Otak budak medic dan pergerakan tangan kaki boleh diselaraskan pada masa yang sama tanpa kekeliruan.

3)      Budak medic paling skema decent antara pelajar course2 lain. Pergi kelas je mesti pakai baju kurung. Pakai seluar jeans dengan baju adik, memang confirm kena pandang pelik dengan rakan skema decent yang lain.

4)      Budak medic boleh di-distinguish sejak dari azali lagi. (Masa zaman aku asasi la). Yang pakai baju kurung, kemeja gosok kanji punya, badan berpeluh bawak buku tebal 3 inci naik bukit pergi fakulti dengan kendong botol air besar punya kat bahu, tu medic. Yang pakai cantik2, kasut tinggi, beg berjenama, rambut kacukan omputih, tudung berbelit berbagai cara sampai nak pusing leher pun payah, tu law. Time aku asasi dulu, fakulti aku dekat dengan fakulti law. Aku boleh observe 2 sepisis je.

 Ni doktor??? Memang tak kan lah kan.

5)      Baru masuk 1st sem 1st year medic pun orang dah mula percaya yang budak medic boleh rawat orang. Adalah orang tanya nanti, “Adik, ubat ni kalau makan ada komplikasi ke ?”. Padahal ubat tu punya nama pelik2 pun aku tak pernah dengar. Nak jawab takut tersalah, mati keracunan jugak. Tak nak jawab nanti diorang cakap ape benda lah aku belajar selama ni.

Tapi yang paling aku terharu gila sampai aku yang tak nak masuk benda ni berusaha untuk teruskan belajar dan lulus adalah :

6)      Bila orang tanya “Anak belajar kat mana sekarang ?”. Mak ayah pun dengan tersenyumnya dan terpancar muka bangga melahirkan anak berguna menjawab “Belajar Medic.”

Benda2 macam ni sangat remeh tapi benda ni lah realiti.

1 comment: