Truth Told

Mana ada manusia yang mengaku dia dah habis study. So baik jangan tanya, buat sakit hati je.

Thursday, November 11, 2010

Perempuan Selekeh. Lelaki Bersih.


Pernah ada seorang lelaki tanya aku, “Kenapa kau selalu pakai tudung warna(pink) ni je?”

“Sebab senang matching colour.”

“Masalahnya 1 minggu ni aku asyik tengok colour ni je. Kau tak basuh ek?”

Shit. Kantoi.

“Hisyhh..mana ada. Aku basuh hari2, tudung nipis, cepat kering.” Aku pun terus blah dari scene. Kang takot dia datang dekat nak bau tudung aku yang tak basuh 2 minggu ni. Double kantoi.

Perempuan2 di luar sana, aku tahu kau tak kan basuh tudung kau hari2, menipu control ayu semua. Nak bagi nampak macam kau ni pembersih sikit kau tukar2 lah warna tudung tu hari2. Tudung yang dah pakai tu rotate minggu lain pulak. Ok ?

Perempuan tak pengotor ya. Kitorang jimat air. Air kan dah semakin berkurang atas dunia ni. 


 Nak tunjuk boxer ? Pakai macam superman kan senang.


Lelaki pun aku tahu jimat air jugak. Seluar jeans 2 bulan baru basuh. Tapi tak apa, kitorang still sayang korang dan tak tegur pun depan2 takut touching. Tegur dalam hati je.

Nasib baik kitorang tak nampak boxer korang kan. Kalau tak mesti boring sebab asyik sama je seminggu. Yekkkkkk!!!!! 

Aku tahu aktiviti lelaki lepas mandi, sniff boxer lama, kalau odour-less (odour-LESS ya, bukan odour-FREE) still macam baru, pakai je ! Jangan menipu, aku ramai abang.

2 comments: