Truth Told

Mana ada manusia yang mengaku dia dah habis study. So baik jangan tanya, buat sakit hati je.

Tuesday, November 9, 2010

Tak sakit. Tak sakit.

Habis module exam aku hari tu aku pergi Sunway Pyramid dengan budak2 PBL aku, nak celebrate freedom lah katakan. Padahal belum final exam lagi. Aku dengan gagahnya memberi cadangan untuk bermain ice skating. 

Last time aku main benda alah ni masa 1st sem asasi, berkurun dahulu. Disebabkan yakin aku masih boleh berjalan atas ice, aku pun dengan muka riak ujub dan takbur masuk ke dalam ring. Semua kawan2 aku tunggu depan tu macam ada seorang atlet ice skating nak masuk buat pusing2 angkat kaki segala. Sorakan mereka mengalahkan bila dapat rokok free. 


Aku tak baca bismillah dah, main masuk guna kaki kanan macam aku dah pro dah tak sempat 1 inchi dari ice, aku jatuh terduduk dengan kuatnya dan menarik diorang yang menunggu aku tadi. Domino effect di situ. Alasan aku : “Aku dah tak biasa beb main menda ni !”.  Bila je la aku reti main benda ni, dulu pun aku asyik melekat cam zombie kat tepi cermin tuh. Tak pa, diorang tak tahu. 



 Ni aku time sebelum duduk Malaysia, sekarang dah sun-tanned. 


Selepas latihan dengan kawan2 aku yang reti bermain tu baru aku boleh merangkak macam zombie yang baru lepas minum Livita, tapi still macam zombie.

Btw, best gila lah main ice skating ! Selain dapat bengkak biru di punggung, buku lali dan lutut, kita juga dapat melihat mamat hensem yang hebat main skate. Diorang tak lah hensem mana, tapi bila diorang hebat main skate, laju tanpa kelihatan seperti zombie, mereka automatic jadi handsome! 


So lelaki di luar sana, pastikan kau reti main ice skate kalau kau bercadang nak bawak gf kau pergi main. Sebab apabila 2 ekor zombie yang sedondon berpegangan tangan, adalah sangat hodoh dipandangan mata. Dan lagi satu kau dapat alasan untuk pegang pinggang gf kau masa nak ajar gf kau skate ! Peluang keemasan disitu ya !

No comments:

Post a Comment