Truth Told

Mana ada manusia yang mengaku dia dah habis study. So baik jangan tanya, buat sakit hati je.

Monday, December 27, 2010

Perangai buruk : Minat tak kekal.

Macam biasalah, minat aku kat benda tak kan kekal lama, so perkara yang sama juga terjadi kepada belog ni. Sorry Sang Belog, aku memang ada disorder minat tak kekal. Pstttt

But no worries, minat I untuk lelaki tetap sama. 

Sem 2 here I comes…crawling. Not jumping in excited-ly manner of a clown. Sem 2 ni jugaklah kau nak budak2 medic yang memang bukan otak numbers ni untuk berjual-lelong kan wahai Admin. Memang kami SUKAAAA sangat lah kan. Alang2 JPA pun dah masuk, kita amek foundation JPA and PAMA jela ek ! No need the hussle. Anggap kami menderma ye.

Ohh ya. And I so damn wish that other modules are like Genetics! 9 lectures. No kidding. Unfortunately, tak semua yang kita mintak kita dapat (actually semua pun tak dapat), TAHNIAH KEPADA AKU ! Yeah~ Urghhhh.

Sebenarnya nak buat post tentang kutuk lelaki, tapi…tak payah lah. Tak baik kutuk orang ni. *Padahal tak ade idea*

Right. So here’s a question that has been wondering around my head ever since I can think. Boleh ke kita tahu kalau orang tu pandang kita as in ‘pandang-pandang’ not as in a ‘pandang’ ? In other words…Boleh tahu tak bila orang usha kita ? Urmm…still thinking. Still…………..thinking. Still……..ZzZzZzZzZz


 Baby, aku tak kesah seberapa kiut pun kau,
AKU TETAP FOBIA DENGAN BABY !

Thursday, November 25, 2010

Kestadian Seimbang

Aku memang suka mencipta perkataan2 baru bilamana aku nak cakap dalam bahasa biasa tu aku tak boleh nak bagi definisi sebenar. FYI , ke-stadi-an = ke-study-an . ok ?

Sangat jarang boleh dapat ilham nak menulis post sekarang sebab tengah final. Otak dah beku dan tepu dengan pelajaran, kalau try nak fikir benda lain takut nanti ilmu yang dah masuk tu tertumpah ikot lubang telinga sebab kene tolak oleh ilmu baru.

Kestadian seimbang adalah apabila anda membuka buku selama 45 min dan sepatutnya anda rehatkan minda selama 15 min dan sambung stadi balik. 

Tapi semua orang akan ada problem nak kekalkan kestadian seimbang apabila buka buku 45 min, kemudian rehat 15 min, seterusnya membuka muka-buku selama sejam. Memang seimbang ! Lepas sejam berlalu baru sedar anda tersalah baca buku.

Aku salah seorang daripadanya.


Sunday, November 14, 2010

Aku dah nak mati...?

Semalam aku browse fesbuk then terbaca pasal Medical Student Syndrome. Comel kan bunyi dia ? Syndrome di mana seorang yang baca tentang medical stuff terasa dia mempunyai penyakit tu. Sebab tu aku cakap, barang2 medic ni memang berhantu.

Ok, straight to the point, aku rasa aku ada Ehlers-Danlos Syndrome. Jeng3 !

Kepada sesiapa yang tak tahu apekebendalah ni, ia adalah sejenis penyakit bila mana kau punya joint sangat2 flexible. Macam mamat yang pernah masuk Ripley’s Believe It or Not tu. Bukan dia manusia special sebab boleh pusing kaki letak belakang kepala, tapi sebab dia sakit. So janganlah korang pergi pusing kaki letak atas kepala untuk nak masuk dalam TV. Sebab nanti silap2 hari bulan, tak turun2 kaki tersebut. 

Untuk menambah thrill korang yang memang sangap nak tengok orang pendek umur dan orang2 sakit ni, aku tunjuk gambar2 sebetapa flexible-nya orang yang ada penyakit ni dan symptom2 yang sama ada pada aku.

 Aku boleh buat 2 aksi ni je. Tangan aku~ Isk.

See, aku ada Ehlers-Danlos ! So aku pun start touching2 dengan family aku sebab aku sakit nak mati. Sampai jumpa ayah aku pun aku melekat dengan dia macam masa aku mintak duit selalu tu. Ayah aku siap tanya, “Tak cukup duit lagi ke?”. Aku pun semakin touching. Isk. (Tapi amik jugak duit lebih tu).

So kat sini aku nak start meminta maaf dengan semua orang yang pernah terasa dengan aku. Halalkan makan minum aku dan barang yang aku pinjam tapi belum pulangkan tu, halalkan jugak. Sure barang tu dah hilang, kalau tak lama dah aku pulangkan. Isk3.
 

p/s : Ohh ya, lupa nak bagi tahu. Ehlers-Danlos ni penyakit keturunan. Dalam salasilah family aku memang tak pernah ada orang dapat penyakit ni.

Teka-teki terakhir, aku ada syndrome apa sebenarnya ?

Friday, November 12, 2010

Photographer mahal time kahwin, perlu ke ?


Gigi bongsu aku dah start nak naik, sakit gila! Sapa yang pernah merasainya, tahu2 jela macam mana. Masalahnya aku rasa gigi bongsu aku main cak-ku-cak dengan aku. Tahun lepas dah sakit, tapi haram tak naik apa2. Tahun ni dia datang balik. Kau tak naik lagi, memang aku amek playar tarik la wei!

Nak tak nak kena study jugak sebab aku saru tengok roommate aku study. After study (termenung) module Metabolism yang pening bagai ape. Serius aku tak paham, rugi masa aku duduk bertengku merenung buku. Jam dah kul 12. Yeah! Memang time untuk main2

Aku pun dengan happy-nya menaip sms : Hoi !

Dia : Wsalam…Hoi !

Ya, dia memang tak romantic langsung. Lelaki Melayu sejati, bukan mamat Korea.

A : Tak sempat…Assalamualaikum! Wat aper?! Bz?

Soalan cliché permulaan sms yang tak ada isi penting.

D : Study! Tak bz! Gayut jom!

Bila masa lah kau study tapi tak busy. Tak study lah tu!

After sometimes talking benda2 tak penting, keluarlah isu kahwin. Biasalah kalau pasangan yang muda2 ni tak ada benda nak cakap or salah satu channel nak bagitahu diorang tengah gersang. Dia yang mula ek, bukan aku. Aku baik, tak gersang.

D : Kahwin nanti berapa banyak duit nak guna? Paling kurang 20ribu. 

A : 50ribu lah! Banyak benda nak buat. Lagipun awak dah skip tak nak beli cincin tunang kat saya. Kena compensate lah!

D : Tu lah. Photographer mesti nak dekat 10ribu dah.

A : Eh, photographer mesti! 

D : Yela, tak kan nak main tukar2 orang.

A : Tukar2 orang mende?

D : Tukar2 orang nak amik gambar la. Pah ore ni tak dok, ore tuh tak dok. Gamba mugo ore samo jah, bezo dio mesti ado 2 ore hok sokmo alih ado tak dok. Sokmo doh sayo keno gituh! Awak nok amek gambar nge abah ma saya, mulo2 abah ore tak dok sayo ado, pahtuh abah ore masuk scene, sayo pulok iley. Nok ? 

(Translation : Tukar2 orang nak amik gambar la. Lepas orang ni tak ada, orang tu pulak tak ada. Gambar orang2 yang sama jugak, bezanya mesti ada 2 orang yang selalu beralih ada ker tak ada. Saya selalu dah kena macam tu! Awak nak amik gambar dengan mak ayah saya, mula2 ayah saya tak ada tapi saya ada lepas tu abah saya masuk scene, saya pulak ilang. Nak?)

Tak tahu kenapa, malam tu sakit gigi aku menjadi semakin teruk akibat gelak skala Ritcher 9.6. Vibrato badan aku memang kuat gila. Time tu pukul 4 pagi. Mesti roommate aku menyumpah-nyumpah aku dalam tidur dia sebab dia macam buat2 dia bercakap sambil tidur dan mengalih-alih kedudukan tidur. 

Psiko lah aku lagi ! Study lah banyak2 lagi ! Rasakan.

Mimpi jela dapat benda ni


Btw, aku suka gila3 kat photographer team Candid Syndrome. Serius worth it.

Thursday, November 11, 2010

Perempuan Selekeh. Lelaki Bersih.


Pernah ada seorang lelaki tanya aku, “Kenapa kau selalu pakai tudung warna(pink) ni je?”

“Sebab senang matching colour.”

“Masalahnya 1 minggu ni aku asyik tengok colour ni je. Kau tak basuh ek?”

Shit. Kantoi.

“Hisyhh..mana ada. Aku basuh hari2, tudung nipis, cepat kering.” Aku pun terus blah dari scene. Kang takot dia datang dekat nak bau tudung aku yang tak basuh 2 minggu ni. Double kantoi.

Perempuan2 di luar sana, aku tahu kau tak kan basuh tudung kau hari2, menipu control ayu semua. Nak bagi nampak macam kau ni pembersih sikit kau tukar2 lah warna tudung tu hari2. Tudung yang dah pakai tu rotate minggu lain pulak. Ok ?

Perempuan tak pengotor ya. Kitorang jimat air. Air kan dah semakin berkurang atas dunia ni. 


 Nak tunjuk boxer ? Pakai macam superman kan senang.


Lelaki pun aku tahu jimat air jugak. Seluar jeans 2 bulan baru basuh. Tapi tak apa, kitorang still sayang korang dan tak tegur pun depan2 takut touching. Tegur dalam hati je.

Nasib baik kitorang tak nampak boxer korang kan. Kalau tak mesti boring sebab asyik sama je seminggu. Yekkkkkk!!!!! 

Aku tahu aktiviti lelaki lepas mandi, sniff boxer lama, kalau odour-less (odour-LESS ya, bukan odour-FREE) still macam baru, pakai je ! Jangan menipu, aku ramai abang.

Wednesday, November 10, 2010

Pilih. Rokok, DOTA atau Perempuan ?


Time tengah bergayut dengan pak cik aku, aku terdengar background sound dia. Suara roommate dia menjerit2 marah kat gf. Then pak cik aku kononnya nak menolong roommate dia yang tengah masalah rumah haram tak bertangga (tak kahwin lagi, semua benda haram) ni, dia pun pergi bercakap dengan gf roommate dia tu (dalam phone).

Pak cik aku : Kau ni kenapa nak naikkan angin bf kau ni ? Apa lagi yang tak cukup dia bagi kat kau ? Kau tahu tak dia tengah nak final ? Kau nak dia stress sampai fail ?! 

Dia memang hebat mengugut hati kecil perempuan sehingga membuatkan perempuan tu rasa bersalah walaupun terang tang2 salah lelaki. Aku tahu. Aku pernah.

GF roommate : Biarlah aku nak wat apa2 pun dekat bf aku ! Aku marah pun untuk kebaikan dia ! 

PC : Apa benda yang dia buat salah nya ni ?!

GF : Aku mesej dia dari tadi, dia tak balas langsung ! Sibuk main DOTA dia. Bukan berguna untuk masa depan pun. Lepas tu dah berapa kali aku cakap dengan dia berhenti hisap rokok. Habiskan beratus kat rokok tu. Bercakap telefon dengan aku pun dia hisap rokok lagi ! Kalau dating tu memang tak henti buat aku sesak nafas dengan asap rokok tu. Aku ugut nak putus kalau dia hisap rokok lagi lepas ni !

So sebab tu lah roommate pak cik aku angin tadi…

PC : Tu jer ?

GF : Yer lah !

PC : Kau sedar tak kau perempuan yang jenis tak bersyukur langsung ? Kau dengan bf kau dah lah  jauh. Bf kau ni tahan nafsu gila2 kau tahu tak ? Kau pilih, kau nak bf kau main DOTA  ke kau nak dia main perempuan ? 

GF : ……..DOTA.

PC : Dia habiskan duit dia beli rokok. Pilih. Kau nak dia habiskan scholarship dia beli rokok ke habis kat perempuan lain ? Kau dah lah jauh, apa benda lagi yang dia boleh hisap yang halal selain rokok dia tu ? Kau bagi tahu aku. 

Pak cik aku memang laser kadang2.





Lepas tu diorang pun berbaik semula dengan kekalahan pada pihak perempuan. Aku dah agak dari mula. Lelaki, memang hebat berkata2 dan memutar belit.

Untuk menambahkan kesedapan mata memandang, character DOTA pun boleh tahan jugak ek.


Patutlah lelaki suka DOTA

Budak Medic Bukan Doktor !


Apa special budak medic ? (belum jadi doktor pun, pelajar je)

1)      Disebabkan kurang cuti dan kebanyakan masa dalam setahun dihabiskan di fakulti, budak medic paling consume banyak electric dan air fakulti. Sebab tu yuran course medic adalah yuran paling mahal antara semua course dalam mana2 universiti.

2)      Pergi makan pun boleh bawak lecture notes, sambil kunyah boleh mengingat lagi tu. Otak budak medic dan pergerakan tangan kaki boleh diselaraskan pada masa yang sama tanpa kekeliruan.

3)      Budak medic paling skema decent antara pelajar course2 lain. Pergi kelas je mesti pakai baju kurung. Pakai seluar jeans dengan baju adik, memang confirm kena pandang pelik dengan rakan skema decent yang lain.

4)      Budak medic boleh di-distinguish sejak dari azali lagi. (Masa zaman aku asasi la). Yang pakai baju kurung, kemeja gosok kanji punya, badan berpeluh bawak buku tebal 3 inci naik bukit pergi fakulti dengan kendong botol air besar punya kat bahu, tu medic. Yang pakai cantik2, kasut tinggi, beg berjenama, rambut kacukan omputih, tudung berbelit berbagai cara sampai nak pusing leher pun payah, tu law. Time aku asasi dulu, fakulti aku dekat dengan fakulti law. Aku boleh observe 2 sepisis je.

 Ni doktor??? Memang tak kan lah kan.

5)      Baru masuk 1st sem 1st year medic pun orang dah mula percaya yang budak medic boleh rawat orang. Adalah orang tanya nanti, “Adik, ubat ni kalau makan ada komplikasi ke ?”. Padahal ubat tu punya nama pelik2 pun aku tak pernah dengar. Nak jawab takut tersalah, mati keracunan jugak. Tak nak jawab nanti diorang cakap ape benda lah aku belajar selama ni.

Tapi yang paling aku terharu gila sampai aku yang tak nak masuk benda ni berusaha untuk teruskan belajar dan lulus adalah :

6)      Bila orang tanya “Anak belajar kat mana sekarang ?”. Mak ayah pun dengan tersenyumnya dan terpancar muka bangga melahirkan anak berguna menjawab “Belajar Medic.”

Benda2 macam ni sangat remeh tapi benda ni lah realiti.

Sifat Comel Lelaki

Pernah sekali aku tanya anak2 buah aku (yang terlebih aktif menyepahkan bilik aku dan menyonteng dinding2 aku dengan segala makanan yang diorang dapat) soalan kiut…


Aku :  Kakak, nanti kakak besar kakak nak jadi apa ?

Kakak : Kakak nak jadi doctor. Macam mama, macam abah. Boleh bagi ubat, check mulut (sambil memegang mulut adik lelaki dia yang buas dan rimas dengan kakak dia yang gedik manja tu). Abang, duduk la senyap2 ! Kakak nak check mullllllllut !

Aku : Abang pulak, abang nak jadi apa ?

Abang : Abang nak jadi dinosaur ! Huarggggggggggghhhhh. (sambil lari dari kakak dia yang merimaskan tadi)

Umur diorang baru 3 dan 2 tahun. 


 Yang kuning tu pempuan, yang itam tu lelaki. Realiti kan ?



Conclusion-nya, lelaki ni comel sebab dia tak fikir panjang untuk menentukan hidup dia, apa yang dia tahu, buat dulu, kalau apa2 jadi lepas tu baru fikir jalan penyelesaian! A risk-taker.

Perempuan pulak jenis terlampau risaukan sesuatu sampai nak plan segala apa yang dia buat dari A ke Z. Kalau ajak couple mesti akan nak fikir dulu panjang2, lama2 gaya macam lelaki tu ajak kau bernikah. Couple je baru.

Lelaki senang, perempuan ajak couple, dia suka ke tak suka, idaman hati ke tak, semua ON ! Dah ada rezeki datang golek2, tak kan nak sepak balik kot kan?? Cinta tak cinta tu belakang kira !

Sebab tu aku selalu cakap dengan perempuan yang ter-mengidam mana2 lelaki, “Kau ayat je dia, confirm dapat!” dan selalunya, menjadi.

Tuesday, November 9, 2010

Cara nak elakkan dari dicekup bermain kayu tiga

Ya, post ini jahat tapi aku cuma nak kongsi tips untuk tidak patahkan hati pasangan anda bila si dia mengetahui anda curang. Kita Korang bukan sengaja kan nak curang, cuma tak boleh kata “No” kat orang2 yang menaruh harapan kat korang kan ? Aku paham. Small matter jer tu.  
  1. Jangan pernah letak special2 sign dan panggilan manja pada number mereka untuk di-save-kan dalam phone korang. For both your scandal and your gf/bf. Contoh macam “<3 Honey <3” or etc. Cuma letak nama biasa. So if sesiapa yang browse through your phone will never notice. Tup tup dapat lagi scandal2 baru.           
  2. Jangan pernah tersalah send sms pada mereka. Ini yang kantoi tahap maksima ! Sebab tu jangan letak nama panggilan manja2 kat phone korang, comfirm akan tertukar nanti.
  3. Pastikan phone anda menerima Call Waiting so dengan cara itu, kalau anda sedang bergayut dengan scandal anda dan gf/bf anda telefon, maka tidak lah dia bercakap dengan operator “Nombor yang anda dial sedang digunakan” instead diorang akan dapat “You have reach the mailbox of…”. Kan macam kau tak angkat rather than kau terkantoi bergayut. Then macam biasalah, buatlah alasan apa2.
  4. Kalau si dia tanya kenapa tak letak nama special2 sikit kat dalam phonebook tu, cakap “Saya nak save nanti bila kita kawin baru saya nak tukar kepada ‘Sayangku’, kan sweet gitu ??”-for boys. ataupun “Nanti mama abah saya nampak tak ke nanti kene panggil gedik??”-for girls. 
  5. Kalau boleh jangan pernah save gambar anda dengan mana2 pasangan anda dalam phone. Delete je, macamlah kau tengok sangat kan gambar tu. If ditanya mana pergi gambar cakap “Saya save dalam laptop lah, phone ni kan memory kecik je, nanti jem”. 
  6. Kalau boleh juga jangan buka social account sebab disinilah semua mereka (scandal dan pasangan anda) akan bertembung dengan mudahnya. Kalau nak buka jugak, sentiasa moderate post dan comment dan jangan buat relationship status. Tapi kan lagi senang kau cakap je kau tak ada fesbuk ?!
  7. Bagi warning awal2 supaya jangan pasangan2 anda meng-upload gambar manja2 korang ke social site, alasan : “Nak tunjuk 1 dunia tu wat apa ?!?”-dengan nada serius, confirm menjadi. 
  8. Sebelum berjumpa dengan mereka, pastikan dah delete semua sms, atau sms yang mencurigakan. Alasan : “phone ni kan memory kecik je, nanti jem”-Aku copy paste ayat atas je. Bila banyak sangat alasan berbeza, akan nampak sangat kita bertungkus-lumus nak menipu.
  9. Bagitahu dengan pasangan kita lagi satu kita nak keluar ke mana, dan dengan siapa tu pandai2 lah cakap dengan muhrim2 korang. Bila dia tahu kita kat mana, dia tak akan fikir kita keluar berfoya-foya dan tak akan ganggu kita sebab dia tahu keluar dengan muhrim = family time !
  10. Pastikan dia tak ke tempat yang sama dengan tempat dating anda. Wajib ! Kang ada jugak drama Sembilu kat situ.
  11. Kalau nak keluar dengan salah seorang dari mereka, pastikan phone anda dalam keadaan silent dan jangan letak dalam beg, simpan handphone dalam poket dan terbalikkan skrin (skrin telefon jangan facing luar). Kang nanti terkantoi lampu tengah lip-lap-lip-lap kat poket seluar. Kalau vibrate nanti jangan buat apa2 dan muka kena slumber dek je. Kalau dibuatnya masa tu anda sedang berpelekat dengan gf/bf anda sehingga dia dapat merasakan vibrato di paha anda, cepat2 jauhkan diri dengan pura batuk atau bersin. Ignore the call or sms.
  12. Balik saja dari berdating tadi, terus call balik scandal/pasangan anda dengan nada manja dan pujuk dia kembali. Buatlah apa2 alasan yang patut. Tak kan benda ni pun aku nak bagitahu ?



Video terkantoi curang yang pemes satu masa dahulu.



Tapi apa yang aku nak tekankan kat sini, curang itu adalah tak baik. Dulu aku selalu la jugak main macam ni, sampai penat dah, kredit telefon pun habis banyak, menipu pun banyak. Aku pun berubah kepada yang lebih baik. Baik kan aku ?

Tak payah lah nak bermain kayu tiga, empat, lima ni. Tak cukup baikkah gf/bf anda terhadap anda ? Kalau tak, terus putus dan cari yang lain. Jangan pasang ramai. Bak kata pepatah Melayu feveret aku ni- Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua.  Tapi aku tak pernah lah terkantoi. Aku tahu aku hebat.

P/s : Kalau bf aku terbaca ni, I love you intan payung. I ada you sorang jer sekarang. Dulu I nakal, sekarang tak dah. Baik dah. =)

Tak sakit. Tak sakit.

Habis module exam aku hari tu aku pergi Sunway Pyramid dengan budak2 PBL aku, nak celebrate freedom lah katakan. Padahal belum final exam lagi. Aku dengan gagahnya memberi cadangan untuk bermain ice skating. 

Last time aku main benda alah ni masa 1st sem asasi, berkurun dahulu. Disebabkan yakin aku masih boleh berjalan atas ice, aku pun dengan muka riak ujub dan takbur masuk ke dalam ring. Semua kawan2 aku tunggu depan tu macam ada seorang atlet ice skating nak masuk buat pusing2 angkat kaki segala. Sorakan mereka mengalahkan bila dapat rokok free. 


Aku tak baca bismillah dah, main masuk guna kaki kanan macam aku dah pro dah tak sempat 1 inchi dari ice, aku jatuh terduduk dengan kuatnya dan menarik diorang yang menunggu aku tadi. Domino effect di situ. Alasan aku : “Aku dah tak biasa beb main menda ni !”.  Bila je la aku reti main benda ni, dulu pun aku asyik melekat cam zombie kat tepi cermin tuh. Tak pa, diorang tak tahu. 



 Ni aku time sebelum duduk Malaysia, sekarang dah sun-tanned. 


Selepas latihan dengan kawan2 aku yang reti bermain tu baru aku boleh merangkak macam zombie yang baru lepas minum Livita, tapi still macam zombie.

Btw, best gila lah main ice skating ! Selain dapat bengkak biru di punggung, buku lali dan lutut, kita juga dapat melihat mamat hensem yang hebat main skate. Diorang tak lah hensem mana, tapi bila diorang hebat main skate, laju tanpa kelihatan seperti zombie, mereka automatic jadi handsome! 


So lelaki di luar sana, pastikan kau reti main ice skate kalau kau bercadang nak bawak gf kau pergi main. Sebab apabila 2 ekor zombie yang sedondon berpegangan tangan, adalah sangat hodoh dipandangan mata. Dan lagi satu kau dapat alasan untuk pegang pinggang gf kau masa nak ajar gf kau skate ! Peluang keemasan disitu ya !