Truth Told

Mana ada manusia yang mengaku dia dah habis study. So baik jangan tanya, buat sakit hati je.

Monday, November 21, 2011

A Year Went By...And nothing changed ?!

Yeayyy..happy 1st anniversary to my blog yg telah setahun di-abandoned-kan ni ! Kesian kat kau kan blog. Nak wat macamana, dah kau bertuankan orang yg xbertanggungjawab. (Bkn aku, tp alter ego aku.) 


Speaking of anniversary, penting ke sambut benda ni semua? Kalau setiap benda lah ada tarikh yg perlu disambut setiap tahun, tak ke banyak benda nak sambut dalam setahun ?! Lebih banyak hadiah yg perlu disediakan dan lebih banyak duit yg perlu dibelanjakan. So kalau buat2 lupa anniversary or better, lupa terus anniversary ni, mesti banyak jimat kan ?


But then, dlm dunia ber'couple' skrg, hampir setiap benda nak dijadikan anniversary. 


Contoh :

  • Tarikh declare couple ( Tarikh paling penting ! Kalau bf lupa, kompem gf anda membebel selori !)
  • Tarikh first date ( Kebanyakan lelaki xpernah ingat pun sbb pada waktu yg sama mrk juga date dgn perempuan lain.)
  • Tarikh first kenal ( Yg ni mmg case halusinasi plg delusional ! Benda plg ciput ni pun nk ingt ke ?)
  • Tarikh harijadi ( Diterima akal laa...)
  • Tarikh apa2 lg la yg first ! ( Ada pernah aku dgr kwn aku story, dia ingt tarikh 1st bf dia pgg tgn dia, tarikh 1st bf dia belikan hadiah utk dia n etc...kuat betul ingatan dia, mmg sesuai masuk medic.)

So aku rasa xwajar dan xpatut la untuk girls nak ingat semua benda ni dan expect utk lelaki ingat sbb diorang mmg TAK AKAN INGAT ! I repeat myself...TAK AKAN INGAT ! Byk benda lg diorang nak ingat berbanding perkara2 remeh macam ni (katanya la....tapi kita(girls) semua tahu, yg lelaki punya ingatan mmg xberapa nak lekat melainkan perkara yg berkaitan dengan gaming, duit, motor/kereta mereka...so jangan salahkan diorang.)

Dan btw, aku xpernah ada tarikh anniversary dan xpernah teringin nak ingat atau nak sambut anniversary pun. Apa yang penting adalah bukan berapa lama anda dalam perhubungan itu, tapi berapa bahagia anda dalam hubungan tu, tak kira dah 5 tahun ke, baru 2 bulan ke. Tapi kebanyakan hubungan yg baru nak establish ni...semua benda bahagia. Terpijak taik kucing time dating pun bahagia lagi. Hormone imbalance tu. Hormon mengawan mengaburi pemikiran logik.

The End.



Monday, December 27, 2010

Perangai buruk : Minat tak kekal.

Macam biasalah, minat aku kat benda tak kan kekal lama, so perkara yang sama juga terjadi kepada belog ni. Sorry Sang Belog, aku memang ada disorder minat tak kekal. Pstttt

But no worries, minat I untuk lelaki tetap sama. 

Sem 2 here I comes…crawling. Not jumping in excited-ly manner of a clown. Sem 2 ni jugaklah kau nak budak2 medic yang memang bukan otak numbers ni untuk berjual-lelong kan wahai Admin. Memang kami SUKAAAA sangat lah kan. Alang2 JPA pun dah masuk, kita amek foundation JPA and PAMA jela ek ! No need the hussle. Anggap kami menderma ye.

Ohh ya. And I so damn wish that other modules are like Genetics! 9 lectures. No kidding. Unfortunately, tak semua yang kita mintak kita dapat (actually semua pun tak dapat), TAHNIAH KEPADA AKU ! Yeah~ Urghhhh.

Sebenarnya nak buat post tentang kutuk lelaki, tapi…tak payah lah. Tak baik kutuk orang ni. *Padahal tak ade idea*

Right. So here’s a question that has been wondering around my head ever since I can think. Boleh ke kita tahu kalau orang tu pandang kita as in ‘pandang-pandang’ not as in a ‘pandang’ ? In other words…Boleh tahu tak bila orang usha kita ? Urmm…still thinking. Still…………..thinking. Still……..ZzZzZzZzZz


 Baby, aku tak kesah seberapa kiut pun kau,
AKU TETAP FOBIA DENGAN BABY !

Thursday, November 25, 2010

Kestadian Seimbang

Aku memang suka mencipta perkataan2 baru bilamana aku nak cakap dalam bahasa biasa tu aku tak boleh nak bagi definisi sebenar. FYI , ke-stadi-an = ke-study-an . ok ?

Sangat jarang boleh dapat ilham nak menulis post sekarang sebab tengah final. Otak dah beku dan tepu dengan pelajaran, kalau try nak fikir benda lain takut nanti ilmu yang dah masuk tu tertumpah ikot lubang telinga sebab kene tolak oleh ilmu baru.

Kestadian seimbang adalah apabila anda membuka buku selama 45 min dan sepatutnya anda rehatkan minda selama 15 min dan sambung stadi balik. 

Tapi semua orang akan ada problem nak kekalkan kestadian seimbang apabila buka buku 45 min, kemudian rehat 15 min, seterusnya membuka muka-buku selama sejam. Memang seimbang ! Lepas sejam berlalu baru sedar anda tersalah baca buku.

Aku salah seorang daripadanya.


Sunday, November 14, 2010

Aku dah nak mati...?

Semalam aku browse fesbuk then terbaca pasal Medical Student Syndrome. Comel kan bunyi dia ? Syndrome di mana seorang yang baca tentang medical stuff terasa dia mempunyai penyakit tu. Sebab tu aku cakap, barang2 medic ni memang berhantu.

Ok, straight to the point, aku rasa aku ada Ehlers-Danlos Syndrome. Jeng3 !

Kepada sesiapa yang tak tahu apekebendalah ni, ia adalah sejenis penyakit bila mana kau punya joint sangat2 flexible. Macam mamat yang pernah masuk Ripley’s Believe It or Not tu. Bukan dia manusia special sebab boleh pusing kaki letak belakang kepala, tapi sebab dia sakit. So janganlah korang pergi pusing kaki letak atas kepala untuk nak masuk dalam TV. Sebab nanti silap2 hari bulan, tak turun2 kaki tersebut. 

Untuk menambah thrill korang yang memang sangap nak tengok orang pendek umur dan orang2 sakit ni, aku tunjuk gambar2 sebetapa flexible-nya orang yang ada penyakit ni dan symptom2 yang sama ada pada aku.

 Aku boleh buat 2 aksi ni je. Tangan aku~ Isk.

See, aku ada Ehlers-Danlos ! So aku pun start touching2 dengan family aku sebab aku sakit nak mati. Sampai jumpa ayah aku pun aku melekat dengan dia macam masa aku mintak duit selalu tu. Ayah aku siap tanya, “Tak cukup duit lagi ke?”. Aku pun semakin touching. Isk. (Tapi amik jugak duit lebih tu).

So kat sini aku nak start meminta maaf dengan semua orang yang pernah terasa dengan aku. Halalkan makan minum aku dan barang yang aku pinjam tapi belum pulangkan tu, halalkan jugak. Sure barang tu dah hilang, kalau tak lama dah aku pulangkan. Isk3.
 

p/s : Ohh ya, lupa nak bagi tahu. Ehlers-Danlos ni penyakit keturunan. Dalam salasilah family aku memang tak pernah ada orang dapat penyakit ni.

Teka-teki terakhir, aku ada syndrome apa sebenarnya ?

Friday, November 12, 2010

Photographer mahal time kahwin, perlu ke ?


Gigi bongsu aku dah start nak naik, sakit gila! Sapa yang pernah merasainya, tahu2 jela macam mana. Masalahnya aku rasa gigi bongsu aku main cak-ku-cak dengan aku. Tahun lepas dah sakit, tapi haram tak naik apa2. Tahun ni dia datang balik. Kau tak naik lagi, memang aku amek playar tarik la wei!

Nak tak nak kena study jugak sebab aku saru tengok roommate aku study. After study (termenung) module Metabolism yang pening bagai ape. Serius aku tak paham, rugi masa aku duduk bertengku merenung buku. Jam dah kul 12. Yeah! Memang time untuk main2

Aku pun dengan happy-nya menaip sms : Hoi !

Dia : Wsalam…Hoi !

Ya, dia memang tak romantic langsung. Lelaki Melayu sejati, bukan mamat Korea.

A : Tak sempat…Assalamualaikum! Wat aper?! Bz?

Soalan cliché permulaan sms yang tak ada isi penting.

D : Study! Tak bz! Gayut jom!

Bila masa lah kau study tapi tak busy. Tak study lah tu!

After sometimes talking benda2 tak penting, keluarlah isu kahwin. Biasalah kalau pasangan yang muda2 ni tak ada benda nak cakap or salah satu channel nak bagitahu diorang tengah gersang. Dia yang mula ek, bukan aku. Aku baik, tak gersang.

D : Kahwin nanti berapa banyak duit nak guna? Paling kurang 20ribu. 

A : 50ribu lah! Banyak benda nak buat. Lagipun awak dah skip tak nak beli cincin tunang kat saya. Kena compensate lah!

D : Tu lah. Photographer mesti nak dekat 10ribu dah.

A : Eh, photographer mesti! 

D : Yela, tak kan nak main tukar2 orang.

A : Tukar2 orang mende?

D : Tukar2 orang nak amik gambar la. Pah ore ni tak dok, ore tuh tak dok. Gamba mugo ore samo jah, bezo dio mesti ado 2 ore hok sokmo alih ado tak dok. Sokmo doh sayo keno gituh! Awak nok amek gambar nge abah ma saya, mulo2 abah ore tak dok sayo ado, pahtuh abah ore masuk scene, sayo pulok iley. Nok ? 

(Translation : Tukar2 orang nak amik gambar la. Lepas orang ni tak ada, orang tu pulak tak ada. Gambar orang2 yang sama jugak, bezanya mesti ada 2 orang yang selalu beralih ada ker tak ada. Saya selalu dah kena macam tu! Awak nak amik gambar dengan mak ayah saya, mula2 ayah saya tak ada tapi saya ada lepas tu abah saya masuk scene, saya pulak ilang. Nak?)

Tak tahu kenapa, malam tu sakit gigi aku menjadi semakin teruk akibat gelak skala Ritcher 9.6. Vibrato badan aku memang kuat gila. Time tu pukul 4 pagi. Mesti roommate aku menyumpah-nyumpah aku dalam tidur dia sebab dia macam buat2 dia bercakap sambil tidur dan mengalih-alih kedudukan tidur. 

Psiko lah aku lagi ! Study lah banyak2 lagi ! Rasakan.

Mimpi jela dapat benda ni


Btw, aku suka gila3 kat photographer team Candid Syndrome. Serius worth it.

Thursday, November 11, 2010

Perempuan Selekeh. Lelaki Bersih.


Pernah ada seorang lelaki tanya aku, “Kenapa kau selalu pakai tudung warna(pink) ni je?”

“Sebab senang matching colour.”

“Masalahnya 1 minggu ni aku asyik tengok colour ni je. Kau tak basuh ek?”

Shit. Kantoi.

“Hisyhh..mana ada. Aku basuh hari2, tudung nipis, cepat kering.” Aku pun terus blah dari scene. Kang takot dia datang dekat nak bau tudung aku yang tak basuh 2 minggu ni. Double kantoi.

Perempuan2 di luar sana, aku tahu kau tak kan basuh tudung kau hari2, menipu control ayu semua. Nak bagi nampak macam kau ni pembersih sikit kau tukar2 lah warna tudung tu hari2. Tudung yang dah pakai tu rotate minggu lain pulak. Ok ?

Perempuan tak pengotor ya. Kitorang jimat air. Air kan dah semakin berkurang atas dunia ni. 


 Nak tunjuk boxer ? Pakai macam superman kan senang.


Lelaki pun aku tahu jimat air jugak. Seluar jeans 2 bulan baru basuh. Tapi tak apa, kitorang still sayang korang dan tak tegur pun depan2 takut touching. Tegur dalam hati je.

Nasib baik kitorang tak nampak boxer korang kan. Kalau tak mesti boring sebab asyik sama je seminggu. Yekkkkkk!!!!! 

Aku tahu aktiviti lelaki lepas mandi, sniff boxer lama, kalau odour-less (odour-LESS ya, bukan odour-FREE) still macam baru, pakai je ! Jangan menipu, aku ramai abang.

Wednesday, November 10, 2010

Pilih. Rokok, DOTA atau Perempuan ?


Time tengah bergayut dengan pak cik aku, aku terdengar background sound dia. Suara roommate dia menjerit2 marah kat gf. Then pak cik aku kononnya nak menolong roommate dia yang tengah masalah rumah haram tak bertangga (tak kahwin lagi, semua benda haram) ni, dia pun pergi bercakap dengan gf roommate dia tu (dalam phone).

Pak cik aku : Kau ni kenapa nak naikkan angin bf kau ni ? Apa lagi yang tak cukup dia bagi kat kau ? Kau tahu tak dia tengah nak final ? Kau nak dia stress sampai fail ?! 

Dia memang hebat mengugut hati kecil perempuan sehingga membuatkan perempuan tu rasa bersalah walaupun terang tang2 salah lelaki. Aku tahu. Aku pernah.

GF roommate : Biarlah aku nak wat apa2 pun dekat bf aku ! Aku marah pun untuk kebaikan dia ! 

PC : Apa benda yang dia buat salah nya ni ?!

GF : Aku mesej dia dari tadi, dia tak balas langsung ! Sibuk main DOTA dia. Bukan berguna untuk masa depan pun. Lepas tu dah berapa kali aku cakap dengan dia berhenti hisap rokok. Habiskan beratus kat rokok tu. Bercakap telefon dengan aku pun dia hisap rokok lagi ! Kalau dating tu memang tak henti buat aku sesak nafas dengan asap rokok tu. Aku ugut nak putus kalau dia hisap rokok lagi lepas ni !

So sebab tu lah roommate pak cik aku angin tadi…

PC : Tu jer ?

GF : Yer lah !

PC : Kau sedar tak kau perempuan yang jenis tak bersyukur langsung ? Kau dengan bf kau dah lah  jauh. Bf kau ni tahan nafsu gila2 kau tahu tak ? Kau pilih, kau nak bf kau main DOTA  ke kau nak dia main perempuan ? 

GF : ……..DOTA.

PC : Dia habiskan duit dia beli rokok. Pilih. Kau nak dia habiskan scholarship dia beli rokok ke habis kat perempuan lain ? Kau dah lah jauh, apa benda lagi yang dia boleh hisap yang halal selain rokok dia tu ? Kau bagi tahu aku. 

Pak cik aku memang laser kadang2.





Lepas tu diorang pun berbaik semula dengan kekalahan pada pihak perempuan. Aku dah agak dari mula. Lelaki, memang hebat berkata2 dan memutar belit.

Untuk menambahkan kesedapan mata memandang, character DOTA pun boleh tahan jugak ek.


Patutlah lelaki suka DOTA