Aku tahu aku ketinggalan zaman nak main benda alah ni. Yang penting, at least aku ada. So nanti boleh 'menyohor' kat cicit2 aku, "Nenek dulu pun ada blog2 jadah ni" .

Lastly, aku tulis semata-mata sebab aku nak bagitahu apa kepala otak aku nak jerit, tapi tak de siapa nak dengar. Sian kan aku ? At least aku tak payah tulis diari sebab aku selalu hilangkan diari aku. Dan nasib baik internet ni tak bersuara kalau tak mesti dia mencarut balik kat aku akibat aku selalu bising kat dia. Siapa yang tahan nak dengar cerita perempuan ? No one beb. Even aku sendiri mengaku aku malas dengar cerita kawan aku pasal boyfriend dia. Aku bukan Dr. Cinta for God sake !
So aku tulis kat sini, aku akan cuba pastikan apa yang aku tulis bukan berkenaan nak melepaskan gian nak bagitahu "Boyfriend I semalam tak balas mesej, macamlah busy sangat, bla..bla..bla.." . Bak kata lelaki yang budiman, cerita2 dalam kelambu tu tak payah nak cerita sangat lah. Orang2 yang tak ada idea jer selalu tulis macam tu. Ya, aku sokong.
Aku still tak tahu macam mana nak pelbagaikan blog ni dengan segala macam gambar dan lagu dan video dan etc. Akan aku usahakan nanti. Insyaallah. (bila lah tu agaknya ?)
P/s : Aku tengah dalam module yang sangat bengong. Aku tak paham langsung, so aku decide untuk buka blog untuk menunjukkan macam aku tengah busy menaip something macam tengah buat assignment. Nak psiko roomate aku yang dari tadi tak beralih dari meja study. WTF ?!
Untuk melegakan hati, aku pun secara automatic meng-assume dia tak faham jugak module ni tapi buat2 paham untuk psiko aku jugak.
No comments:
Post a Comment